Sinopsis:
Di sini saya hanya ingin menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak itu tidak mampu mengeskpresikan perasaannya pada orang yang lebih dewasa. Orang dewasa perlu memainkan peranan mereka dengan lebih baik dalam memahami kanak-kanak itu.
Video ini menceritakan tentang 5 orang ayah yang diberi misi untuk menjaga 3 orang anak angkat sebagai anaknya sendiri. Salah seorang daripada mereka menghadapi masalah untuk menunjukkan perasaannya dan ayah-ayahnya sendiri tidak mengerti apa yang dimahunya.
Lalu mereka merujuk pada doktor pakar psikologi kanak-kanak atau Peditrician .
Doktor itu telah mengadakan sesi bersemuka dengan salah seorang kanak-kanak tadi
kerana telah mengetahui masalahnya.
Kanak-kanak yang bernama Yoon Da Young ini pada asalnya tidak berminat untuk mendengar kata doktor itu.
Namun, patung-patung emosi yang ditunjukkan telah berjaya menarik perhatiannya.
Di sini ingin saya tekankan bahawa, patung-patung emosi ini berfungsi sebagai bahan luahan perasaan Da Young.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu menonton video itu sehingga tamat .
Banyak perkara yang dapat kita ketahui dengan menonton video ini
: D
(Klik pada video tersebut dan kuatkan volume komputer anda)
Kesimpulan :
Kanak-kanak memerlukan bimbingan dalam perkembangan sosioemosi mereka, jika tidak susah hendak memahami perasaan mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak juga mempunyai emosi walaupun pada luarannya kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi, dalam hatinya kita tidak tahu bahawa banyak perasaan mula terlakar.
Bisu
Geram 







