Tahukah anda bahawa bukan sahaja sekolah rendah dan menengah yang ada kurikulumnya yang tersendiri. Bahkan untuk prasekolah juga telah digubal Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai (PSK).
PSK ini memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kenak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri . Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
Tunjang-tunjang ini akan menjadi panduan untuk para guru mengajar kanak-kanak di prasekolah supaya pelajar-pelajar menjadi seorang insan yang seimbang kelak.
Untuk entri yang seterusnya saya akan menerangkan tentang Tunjang Ketrampilan Diri.
Nantikannya ya :D

nice blog.. keep it up.. :D dont forget to follow my blog too.. *wink3*
ReplyDeletethank you darling
ReplyDeletenanti tgklah video i yg comel tu
hehe